Aku ade bace about syiah ni. Aku tau syiah ni agak menyimpang so i just wanted to know ape pegangan org2 syiah ni. Then i started to look around and this is what i found.
Golongan Syiah Berpecah Kepada Beberapa Kumpulan.
1)Syiah Imam 12 (Ja'fariyah) - Mostly In Iran
2)Syiah Zaidiyah (Syiah Imam 5) - Mostly In Yaman
3)Syiah Ismailiyah (Imam Tujuh) - Center In India.
Di Malaysia Terdapat 3 kumpulan syiah.
1)Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
2)Syiah Ismailiyah Agha Khan
3)Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Itna Assyariyyah.(Imam 12)
Kitab2 Syiah.
1. Kasyf Al-Asrar (Ayatullah Al Khomeini)
2. Al-Hukumah Al-Islamiyah (Ayatullah Al Khomeini)
3. Al-Sab'ah Min Al-Salaf (Ayatullah Al Murtadza Az-Zubaidi)
4. Al-Usul Min Al-Kafi (Sheikh Muhammad Bin Yacoob Al-Kulaini - Thn 1338H)
5. Tahrir Al-Wasilah (Ayatullah Al Khomeini)
6. Al-Muraja'at (Sheikh Abdul Hussin Syarafudin Al-Musnawi)
7. Peshawar Nights (Sayyid Muhammad Rais Al-Wahidin)
8. Mafatih Al-Jinan (Sheikh Abbas Al-Qummi)
9. Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh 5 Mazhab Di Antara Nas Dan Ijtihad)
(Hassan Bin Yusuf Al-Mutahhar Al-Hulliyy, Diterjemahkan oleh Prof Madya Dr. Lutpi Ibrahim - Thn 1993)
10. Mengapakah Aku Memilih Ahlul Bait A.S? (Syeikh Muhammad Mar'i Al-Amin Al-Antali Diterjemahkan oleh Prof Madya Dr. Lutpi Ibrahim - Thn 1993)
11. Al-Sahabah (Haidar)
12. Ahlu Al-Bait (Dr. Mahfuz Mohamed)
Ajaran dan fahaman syiah adalah bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah.
Antara Fahaman Dan Pegangan Syiah.
**(Ulasan - Pegangan Ahli Sunnah Wal Jama'ah)
1. Khalifah Diwasiatkan Secara nas.
- Syiah mempercayayi imam-imam telah ditentukan oleh Allah melalui lisan Rasulnya secara nas.
(Ulasan - Tidak terdapat nas dari Al-Quran atau hadith sahih yang jelas maksudnya bahawa Saidina Ali ditentukan sbg khalifah selepas wafatnya Baginda S.A.W)
2. Imam Adalah Maksum
- Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara dari dosa kecil dan besar dari peringkat kanak2 sehinggalah meninggal dunia. Tidak melakukakn kesalahan da tidak lupa.
(Ulasan - Jelas dalam Al-Quran bahawa yang maksum hanyalah para rasul dan abia' sahaja.)
3. Ilmu Allah Berubah-Ubah Mengikut Suatu Peristiwa yang Berlaku Kepada Manusia.
- Mengikut Akidah Syiah, Al-Bada' ialah "Allah Mengetahui Sesuatu Perkara Setalah Berlaku, Peristiwa Berkenaan Yang Sebelum Itu Dianggap Tersembunyi Daripada-Nya"
(Ulasan - Ini adalah bertentangan dengan Al-Quran ang menyebut Allah mengetahui secara terperinci dan menyeluruh seperti mana yang dijelaskan oleh ayat berikut "Allah mengetahui pengkhianatan (Keserongan da ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, Serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati" Surah Al-Mu'min ayat 19)
4. Mengkafirkan Para Sahabat Rasulullah S.A.W.
- Syiah mempercayai bahawa selepas wafatnya Rasulullah S.A.W semua sahabat MURTAD kecuali Ahlul Bait dan beberapa orang sahabat termasuk Abu Dzar, Miqdad Bin Aswad, Salman Al-Farisi dan Ammar.
(Dalam Al-Quran dan Hadith ada mengatakan tentnag ke-adilan dan sanjungan para sahabat yang membersihkan mereka dari sebarang tuduhan yang tidak benar.
Sabda Nabi S.A.W :
Dari Abu Hurairah R.A katanya; Rasulullah S.A.W bersabda :
"Jangan Kamu Mencaci Sahabat-Sahabatku, demi Allah nyawaku berada dalam kekuasan-Nya, Sekiranya seseorang kamu membelanjakan emas sebesar bukit uhud (maka perbelanjaan itu tidak dapat menyamai) secupak atau setengah cupak yang dibelanjakan oleh para sahabat".
Riwayat Bukhari Dan Muslim)
5. Penyanjungan Yang Kterlaluan Kepadan Saidina Ali.
- Syiah menyanjungi Saidina Ali berlebih-lebihan sehingga disamatarafkan dengan Rasulullah S.A.W. Bahkan dianggap lebih tinggi lagi.
(Ulasan - Tidak terdapat dalam Al-Quran atau hadith sahih yang menyatakan Saidina Ali mempunyai martabat seperti Rasulullah S.A.W. Nama Saidina Ali tidak terdapat di-dalam Al-Quran kerana beliau bukan seorang nabi atau rasul, tetapi hanya sebagai sahabat dan menantu Rasulullah S.A.W yang dijamin masuk syurga.)
6. Menghalalkan dan Mengamalkan Nikah Mut'ah.
**Nikah Mut'ah = Nikah dengan tempoh tertentu yang dipersetuji kedua pasangan samada setahun, sebulan atau sehari(boleh juga dilakukan dalam temph 1 atau dua jam, 1 atau 2 hari atau semalaman)dengan mask kahwin ang tertentu.
- Menurut syiah nikah Mut'ah adalah diharuksn.
(Ulasan - Nikah Mut'ah telah diharamkan oleh Nabi Muhammad S.A.W buat selama-lamanya hingga hari kiamat. Dari Ali Bin Abu Talib Katanya: " Bahawa Rasulullah S.A.W melarang Nikah Mut'ah pada hari perperangan Khaibar dan juga memakan daging Keldai Jinak"
Riwayat Ibnu Majah Dan Al-Nasai
Nikah Mut'ah bukan suatu pernikahan dalam islam malah merupakan amalan jahiliyah. Perempuan yang dinikahkan Mut'ah bukanlah isteri atau hamba, tidak boleh mewarisi, tidak sabit nasab dan tidak wajib nafkah. Saidina Umar berkata "Nikah Mut'ah merosakkan konsep Nikah, Talak, Iddah dan Pesaka.)
7. Menambah Syahadah.
- Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama nabi Muhammad S.A.W. (Contoh : Ash hadu An la Illahaillallah, Wa ash hadu anna muhammadarasulullah, wa as hadu anna ali amirul mukminin.
(Ulasan - Ini jelas bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Syahadah hanyalah Kepada Allah dan Rasulnya sahaja tidak kepada Saidina Ali.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Islam itu dibina atas 5 perkara iaitu mengaku bawaha tiada Tuhan melainkan Allah dan Bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, Solat 5 waktu, Mengeluarkan zakat, Puasa Dibulan Ramadhan dan menunaikan haji.
Riwayat Ahmad,Al-Bukhari, Muslim, Tirmidhi dan Al-Nasai.)
Actually ada lagi tapi aku letak main point which we all can see what wrong.
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Yang baik Datangnya Dari Allah dan yang buruk datangnya dari aku sendiri.
Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai orang islam terhadap saudara islamku yang lain bagi manjaga Agama yang sebenar-benar agama.
Kalau ada yang tersalah minta perbetulkan aku suapaya aku lebih berhati2 di kemudian ari.
Sesamela kite hindari jaran Syiah ni sedangkan Rasulullah pernah berkata "Umatku akan berpecah kepada 73 bahagian dan hanya 1 bahagian yang akan mendapat syafaatku"
Lebih kurang macam tu la.
Assalamualaikum.