Friday, August 26, 2011
Aku Sayang Mak Aku.
Aku tgk clip boleh nangis weh. Kalau ade orang yang tak sedar gak aku tak tau la nak cakap ape da. Memang banyak da pun jadi mcm ni. Siap hantar mak pergi rumah orang tua lagi. Konon tak ade masa nak jage mak la. Sibuk kerja la. Duduk kat rumah mak tak ada kawan la.. Ish crap la sume tu.. Macam lepas da balik keje tu tak boleh nak duduk ngan mak je. Mase kecik2 mak boleh tunggu kite balik dari mane je kite pegi. Taki kire la petang ke malam ke. Ni kan kite da keje.
Well nak cakap banyak2 pun tak payah la ek. Korang sure da faham da. So sempena nak raya ni. Jom la kite cium mak kite tanda kite sayang kat mak kite. Sementara kite boleh tengok mak kite lagi. Esok da tak ada kite da tak denga da mak mebebel, mak nasihat kite, mak bising ngan kite, mak tunggu kite balik keje. Tak ade da sume tu. So sama-sama la kite sayang mak kita.
AKU SAYANG MAK AKU..
P/S* Aku takut dan aku tak tau la macam mane diri aku kalau mak aku da tak ada..ish ish sob sob....Ya ALLAH panjangkan la umur mak dan ayah aku. Beri la kesihatan dan kesejahteraan kepada mak dan ayah aku.. AMIN......
Thursday, August 25, 2011
Raya....Yeay......
Hari ni je da masuk 26 hari berpose. Tapi bagi aku la. Tak berapa nak rasa meriah raya tu. Tapi ok la. Berpuasa ni bukan pasal nak beraya. Puase ni pasal nak beribadah. Raya tu kire nak sambut kemenangan kita berjuang menentang nafsu da segala perkara terlarang la. Jalan K.L ni pun aku tengok da start sesak da. Maybe hari ni lepas keje ade je kut yang terus shoot balik kampung. Anyway to all yang nak balik kampung tu including myself la. Berhati-hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat. To all my buddies.. Wehhh jangan lupe datang raya umah aku.. So long...Assalamualaikum...
Enjoy This..
Enjoy This..
Friday, August 5, 2011
This Is Crap.
Sogok wang gadai akidah.
Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan
KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.
Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.
Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.
Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.
Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.
Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.
“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.
Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.
“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.
Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.
Rujuk sultan isu serbu gereja
Menteri Besar Selangor tunggu laporan JAIS sebelum menghadap
SHAH ALAM: Kerajaan negeri merujuk isu serbuan Gereja Methodist, Damansara Utama di Petaling Jaya, malam Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta nasihat dalam mencari penyelesaian.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya peka dengan laporan media mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dan tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.“Sebaik menerima laporan JAIS, saya menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini dan memastikan perkara begini tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Berikutan itu, Abdul Khalid melarang semua EXCO mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu sehingga selesai.
Katanya, kerajaan negeri kesal kejadian itu dan yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela.
Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Khairudin Abas, menggesa semua pihak tidak buat kesimpulan melulu, termasuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden berkenaan.
“Tindakan segelintir media yang membangkitkan semua isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil bahasa Melayu dalam laporan mereka amat dikesali kerana ia seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang kita nikmati selama ini,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pihaknya terbabit dalam serbuan itu malam Rabu lalu, namun lebih kepada memberi perlindungan keselamatan kepada pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS, Khalid Samad, pula berkata tindakan JAIS tidak wajar kerana tidak semestinya orang Islam yang hadiri majlis itu mempunyai niat untuk murtad.
**Sumber : Berita Harian.
Komen Aku.
This is all bullshit.. Bukan news ni yang crap but those people yang kata tindakan JAIS tak wajar ni yang bullshit. Aku pun da naik tak paham orang yang berpahaman PAS ni. Kate islam. Tapi xlarang boleh kate tindakan JAIS tak wajar what an IDIOT. Betul tak semua orang pergi gereja tu niat untuk MURTAD. Tapi kene fikirlah. Kalau dikatakan orang yang pergi gereja tu lemah Iman. Kurang pengetahuan. Tak ke senang2 je kafir tu murtadkan orang tu. Kamu tu sebagai pemimpin esok kene la jawab. Naik mahkamah nanti macam2 alasan. Bile mahkamah syariah tak bagi kelulusan pergi mahkamah civil. Kan da belakangkan islam tu. Sape yang jadi penyebab. PAS jugak, kononnya tindakan JAIS tak wajar.
**Fikirlah sendiri. Dunia da akhir zaman da ni.

Talkin Untuk Aku.
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani.
Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai Zaharin Bin Zaharah, wahai Zaharin Bin Zaharah,wahai Zaharin Bin Zaharah, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai Zaharin Bin Zaharah, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai Zaharin Bin Zaharah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:-
Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.
Wahai Zaharin Bin Zaharah tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai Zaharin Bin Zaharah, bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.
Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.
Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”
p/s: Maha suci Allah. Pahala dalam mengingati mati, mudahan aku sempat bertaubat sebelum mati ku.

Subscribe to:
Comments (Atom)