Monday, December 13, 2010

Islamkah Mereka Ni...

Assalamualaikum.

Recently aku ade bace pasal Mogok bantah kenaikan tarif air oleh syabas..
Once aku tengok aku rase sedih. Sedih melihat orang islam memburukkan agama sendiri.
Kenapa aku sedih? Aku sedih kerana org islam mengunnakan "Masjid" "Rumah Ibadah" "Rumah Allah" utk kepentingan sendiri. Menteri Besar Selangor. Dah nama pun Menteri atau terjemahannya "pemerintah" pun ade skali turut membantah kenaikan tarif air oleh syabas. Yang paling aku terkejut sampai org kafir pun turut nak masuk Rumah Allah ni nak buat bantahan. Kalau nak masuk tempat org tu. Biarlah beradab. Bak kate org tua2 masuk kandang kambing mengembek masuk kandang rimau mengaum. Jgn jadi kambing yg tak sedar diri nak masuk kandang rimau. Aku rase marah sgt. Kenape org islam sendiri nak menggunakan masjid sebagai tpt utk kepentingan sendiri tp yg mereka katakan utk rakyat. Rakyat ni pun tanpa fikir panjang ikut skali join bantahan. WAHAI SAUDARA ISLAMKU. SEDARLAH KAMU SEMUA MASJID BUKAN UNTUK BERPOLITIK.GUNAKALAH AKAL KAMU YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH DENGAN PERCUMA. Duit nak beli kain buat banner boleh beli. Nak beli kertas manila boleh beli. Nak tempah baju boleh keluarkan duit. Tapi nak gunakan otak yang diberi percuma tu pun tak boleh. Bukan nak kene bayar pun kalau kite fikir.


Ape semua ni. Awak masuk masjid. Tempat orang islam beribadah. Bukan tokong Cina. Bukan tempat sami budha. Kenapa nak mencemarkan rumah ibadah islam dengan tapak kaki kamu.


Bagi fikiran atau pendapat aku la. Diorg ni sume memang boleh menyebabkan isu perkauman. Org islam sendiri boleh pecah belah atas tindakan org islam sendiri. Ape nak jadi la dengan pemeritaha zaman sekarang ni. Aku mintak maaf kalau ade yang terase degan blog aku ni. Aku tek berniat nak memburukkan kamu semua. Tapi aku agak terase degan tidakan kamu.

Adakah islam membolehkan kite berbuat sedemikian rupe? org kafir bukan tak boleh masuk masjid. Kalau nak belajar islam, Kalau ikut adat org islam masuk masjid tak jadi masalah. Islam sendiri mengalukan saudara baru. Kan pahala tu ajak org kafir masuk islam.

Ni dok ajak org kafir masuk masjid nak buat tunjuk perasaan. Nau'zubillah. Ape punye islam ni.

KALAU MENYURUH, BIAR BERFIKIR
KALAU MENGARAH, BIAR BERPATUTAN
KALAU MENURUT, BIAR BERAKAL
KALAU MENGIKUT, BIAR PINTAR

Banyak lagi issue keislaman yang patut kite org islam ni fikirkan. Ni tidak. Pasal syabas naik tarif air je da nak buat tunjuk perasaan. Pasal israel dok kacau umat islam tak de pulak diorg ni nak tunjuk perasaan. Pasal Masjid Al-Aqsa tu takde pun kite usahakan. Pasal org dok Replica Ka'abah buat jadi disco takde pun kite nak bersuare. Patutnye kalau nak guna masjid utk hal2 mcm ni. Nak bela Agama. Ni pasal air je. Masyaallah. da tu bersekongkol degan org kafir pulak tu. Astaga.

Aku da bace byk blog da pasal hal ni. Majoriti marah degan tindakan org2 mcm ni. Tapi kami ni rakyat biase. Silap2 bukan meraka ni yang kene. Kami2 ni yang kena. Pasal nak menyuarakan ketidakpuasan hati kami2 semua ni.

Surah At-Taubah Ayat 17 :
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan(menghidupkan) masjid-masjid Allah, Sedang mereka menjadi saksi(Mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di-dalam neraka.

Renungkanlah. Semoga kita dirahmati oleh Allah S.W.T.
Insyaallah.

No comments:

Post a Comment