Politik Islam (bahasa Arab: سياسي إسلامي : Siyasah Islami) adalah Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama dikenal istilah siyasah syar’iyyah. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan bererti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra ertinya dabbarahu (mengurusi / mengatur perkara). Bererti secara ringkas maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.
Dalil Politik Islam
Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :| “ | "Adalah Bani Israil, mereka diurusi (siyasah) urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) | ” |
Jelaslah bahawa politik atau siyasah itu bermakna adalah mengurusi urusan masyarakat. Rasulullah SAW. bersabda :
| “ | "Siapa saja yang bangun di pagi hari dan dia hanya memperhatikan urusan dunianya, maka orang tersebut tidak berguna apa-apa di sisi Allah; dan barang siapa yang tidak memperhatikan urusan kaum Muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka (iaitu kaum Muslim). (Hadis Riwayat Thabrani) |
Petikan kat atas tu adalah penjelasan dari segi islamiah. Aku bukannya pandai sangat pun dalam bab2 agama ni. Tapi aku boleh faham apa sebenarnya maksud politik dalam islam ni. "Maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam". Dah terang-terangan mengatakan politik dalam islam pengurusan atas segala urusan seluruh umat islam. Maksudnya dari orang islam jugak la. Tapi hari ni aku tengok orang dok politik sane sini bukan untuk tujuan tu. Tak semua la aku maksudkan. Segelintir parti politik la. Semuanya lebih kepada kepentingan diri sendiri. Gila kuasa. Gila nak memerintah. Yang tu satu. Ni yang sampai dok ikut bontot kafir harbi. Da tu siap laung kalimah "Allahuakbar" sedangkan yang ketua tu kafir harbi. Takkan korang nak ber"imam"kan orang kafir. Sedih aku tengok orang islam zaman sekarang ni. Mereka ni ni tak tahu ke. Orang islam kita ni ditindas oleh kafir macam tu. Tu pun orang islam nak tolong lagi. Masyaallah.
Aku tak kisah la orang nak marah kat aku ke. Orang tak suka kat aku ke. Tapi bagi aku. Aku kene buat sesuatu untuk bangunkan islam semula. Aku kene buat sesuatu nak sedarkan orang islam. Biar mereka bangkit dan sedar dari segala tipu daya dan helah yang syaitan lakukan demi untuk menyesatkan umat islam.
No comments:
Post a Comment