Sogok wang gadai akidah.
Pertubuhan berselindung di sebalik kebajikan
KUALA LUMPUR: Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.
Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.
Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru’ oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat’ jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.
Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.
Ketika ‘diselamatkan’ daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.
Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.“Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.
“Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.
Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.
Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.
Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.
“Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia,” katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.
Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan ‘minuman istimewa’ diikuti upacara pembaptisan.
Rujuk sultan isu serbu gereja
Menteri Besar Selangor tunggu laporan JAIS sebelum menghadap
SHAH ALAM: Kerajaan negeri merujuk isu serbuan Gereja Methodist, Damansara Utama di Petaling Jaya, malam Rabu lalu kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta nasihat dalam mencari penyelesaian.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pihaknya peka dengan laporan media mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dan tindakan seterusnya akan diambil selepas menerima laporan JAIS sebelum dipersembahkan kepada Sultan Selangor.“Sebaik menerima laporan JAIS, saya menghadap Tuanku Sultan untuk mendapat nasihat dalam menyelesaikan isu ini dan memastikan perkara begini tidak berulang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Berikutan itu, Abdul Khalid melarang semua EXCO mengeluarkan kenyataan mengenai insiden itu sehingga selesai.
Katanya, kerajaan negeri kesal kejadian itu dan yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela.
Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Khairudin Abas, menggesa semua pihak tidak buat kesimpulan melulu, termasuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa dalam siasatan berhubung insiden berkenaan.
“Tindakan segelintir media yang membangkitkan semua isu penggunaan kalimah Allah, pengeboman gereja, sekatan Injil bahasa Melayu dalam laporan mereka amat dikesali kerana ia seolah-olah membangkitkan kembali rasa ketidakselesaan beragama yang kita nikmati selama ini,” katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan pihaknya terbabit dalam serbuan itu malam Rabu lalu, namun lebih kepada memberi perlindungan keselamatan kepada pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS.
Timbalan Pesuruhjaya III PAS, Khalid Samad, pula berkata tindakan JAIS tidak wajar kerana tidak semestinya orang Islam yang hadiri majlis itu mempunyai niat untuk murtad.
**Sumber : Berita Harian.
Komen Aku.
This is all bullshit.. Bukan news ni yang crap but those people yang kata tindakan JAIS tak wajar ni yang bullshit. Aku pun da naik tak paham orang yang berpahaman PAS ni. Kate islam. Tapi xlarang boleh kate tindakan JAIS tak wajar what an IDIOT. Betul tak semua orang pergi gereja tu niat untuk MURTAD. Tapi kene fikirlah. Kalau dikatakan orang yang pergi gereja tu lemah Iman. Kurang pengetahuan. Tak ke senang2 je kafir tu murtadkan orang tu. Kamu tu sebagai pemimpin esok kene la jawab. Naik mahkamah nanti macam2 alasan. Bile mahkamah syariah tak bagi kelulusan pergi mahkamah civil. Kan da belakangkan islam tu. Sape yang jadi penyebab. PAS jugak, kononnya tindakan JAIS tak wajar.
**Fikirlah sendiri. Dunia da akhir zaman da ni.
No comments:
Post a Comment