ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak berumur 6 tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa tirinya.
Ini berikutan terdapat kesan cedera lama dan baru akibat dipukul ketika dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Alor Gajah, di sini, semalam.
Kanak-kanak malang itu, Mohd Firdaus Md Dan yang tinggal di Padang Sebang dihantar sendiri ke hospital oleh bapa tirinya itu pada jam 4.30 petang.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin berkata, kanak-kanak itu dihantar ke hospital selepas lelaki terbabit mengetahui isterinya yang ditahan di wad bersalin dibenarkan keluar, semalam.
“Isterinya baru sahaja melahirkan bayi 10 hari lalu dan dibenarkan pulang, namun tidak mengetahui anak lelakinya dihantar ke hospital, sebelum dibawa sendiri oleh suaminya ke sana.
“Disebabkan suaminya panik, dia menghantar anak tirinya itu dalam keadaan tergesa-gesa tanpa meninggalkan sebarang dokumen kanak-kanak terbabit.
Bagaimanapun, ketika keluar dari hospital, suspek berjaya ditahan polis,” katanya.
Menurutnya, suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah untuk siasatan lanjut, sementara mayat kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
**Meh sini mamat ni.Meh aku dera ko plak macam mane ko dera anak tiri ko.Biar ko rase. Aku hilang sabar ngan binatang macam ni.
No comments:
Post a Comment