
Sahutlah~! Sambutlah~! Laungkanlah suara umat Islam setinggi-tingginya~!
Kerana apa? Sebab-sebabnya adalah seperti di bawah :
* Dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis akidah yang parah sehingga tidak tahu mana satu yang harus dipercaya. Ulamak tidak lagi memainkan peranan mereka. Mereka lebih cintakan dunia daripada cuba untuk menyelamatkan akidah ummah...
* Juga, perhimpunan ini untuk menunjukkan kepada yang lain bahawa umat Islam boleh bersatu padu jika ada penggerak dan perintis yang mencetuskan idea dan gerakan. Tanpa idea dan gerakan daripada perintis, umat Islam akan terus-terusan bergerak sendiri. Natijahnya seperti sabda baginda Rasul, umat Islam bagaikan buih-buih di lautan.
* Bila lagi kita mahu berhimpun untuk satu perkara yang dinamakan agama? Kita selalu berhimpun di pesta ria, konsert-konsert, pasar-pasar, dan sebagainya lagi yang bukannya untuk memperjuangkan agama kita malah hanya untuk memperjuangkan dunia.
* Umat Islam kini sangat lemah. Tanpa satu payung kukuh yang mampu menjadi tempat mereka bergantung harap, jadilah kita umat yang terkapai-kapai di bawa arus ke mana-mana. Tidak kira dia menteri, pegawai kerajaan, pengurus syarikat, pekerja kuli sehingga kepada pengemis, siapa sahaja yang beragama Islam, sahutlah sahutan ini~!! Kerana kita tidak tahu bila lagi kita akan berpeluang untuk berhimpun seramai mungkin~!
Tiada beza fahaman politik atau apa. Atas nama agama Islam, wajib untuk kau kukuhkan semangat untuk berhimpun, tidak kisah kau dari mana, asal saja kau percaya Islam adalah agama kau, ad-din kau, jiwa kau dan hati kau, maka sahutlah oleh kau panggilan ini wahai hamba ALLAH.
Aku mohon, jangan ada yang cuba bermain politik di dalamnya. Itu sahaja. Karena unsur politik sudah ada di dalamnya, maka akan aku tentang mereka. Akan aku gampangkan saja mereka. Cuba menangguk di air keruh bukanlah satu kemenangan yang sebenar~!
Jika bukan hari ini kau lakukannya, bila lagi kau akan dapat melakukannya wahai saudara-saudaraku yang dikasihi?
No comments:
Post a Comment